Info SMK Slim


VISI SEKOLAH
Menggiatkan penjanaan transformasi ke arah kecemerlangan SMK Slim secara holistik.

MISI SEKOLAH
kami akan bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu pengetahuan untuk melahirkan kecemerlangan dalam bidang:
  • Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus
  • Akademik yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang cemerlang.
  • Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan.
  • Sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif.
  • Kokurikulum yang berasaskan generasi bestari, jati diri dan integerasi nasional


FALSAFAH SEKOLAH

Pendidikan yang sempurna selaras dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk menjadikan warga Malaysia yang bersatu padu, setia kepada negara, cemerlang dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta mengamalkan cara hidup yang positif dan berjasa kepada keluarga, masyarakat dan negara





PIAGAM PELANGGAN 
  1. Memberikan pendidikan di dalam dan luar bilik darjah dengan bersungguh-sungguh.
  2. Berkhidmat bersungguh-sungguh untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin, berakhlak mulia dan bersikap positif.
  3. Memantapkan mutu pengurusan dan memastikan semua urusan yang berkaitan dengan perjawatan guru dan kakitangan, hal ehwal murid, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran dilaksanakan dengan cepat, cekap dan sistematik.
  4. Merancang aktiviti yang berfaedah dan berwawasan serta melaksanakan tugas dengan licin, berkesan dan sistematik.
  5. Mengenalpasti bidang tugas masing-masing dan melaksanakan tugas dengan sukarela serta sentiasa sedia bekerja secara berkumpulan.
  6. Sentiasa memelihara kebersihan dan keceriaan sekolah serta berusaha meningkatkannya dari semasa ke semasa.
  7. Menjalinkan hubungan sosial yang mesra dan berusila dengan kakitangan dan pelajar.
  8. Melayan ibu-bapa, penjaga dan pihak luar yang datang ke sekolah dengan segera dan berbudi bahasa.
  9. Menyediakan kemudahan sekolah yang mencukupi, selesa dan mudah digunakan oleh warga sekolah.
  10. Sedia membekalkan perkhidmatan yang terbaik kepada murid, guru, staf sokongan, ibubapa dan pihak luar yang berurusan dengan sekolah.

SEJARAH SEKOLAH

 Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Januari 1984 dan telah memulakan sesi pengajiannya pada tarikh tersebut. Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Slim, Slim River. Pembinaannya menelan belanja sebanyak RM 1, 538,000.00. Bangunan sekolah ini terletak di atas tanah seluas 22 ekar di Barat Daya pekan Slim River.
 Sekolah ini dibina untuk menampung kesesakan tempat pengajian di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Slim River ( sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Zulkifli Muhammad) kerana pertambahan pelajar di sekolah tersebut yang semakin pesat dari tahun ke tahun. Pada hari pertama sekolah ini dibuka, sebanyak 8 buah kelas telah diwujudkan, iaitu 2 kelas Tingkatan Satu dan 6 buah kelasTingkatan Peralihan. Pada 13 Mac 1984 dua buah kelas Tingkatan Empat telah diwujudkan dan pelajar-pelajarnya datang dari Sekolah Menengah Jenis kebangsaan Slim River.

Guru-guru pada hari pertama sekolah ini dibuka ialah:
  1. En. Kamaron bin Kilau ( Pengetua)
  2. En. Ali bin Abdul Hamid
  3. En. Shaharom bin Ismail
  4. En. Ahmad Nazri bin Abdul Ghani
  5. Pn. Loo Siat Lee
  6. Pn.Saraswathy a/p Munusamy
  7. Cik Khairunisa by. Mydin
  8. Cik Maznah bt. Masyhur
  9. Cik Siti Salwa bt. Ahmad
  10. En. P.Kandasamy
Kakitangan sekolah terdiri daripada:
  1. 10 orang guru ( termasuk pengetua)
  2. Seorang pegawai kerani
  3. Seorang pembantu makmal
  4. 3 orang pekerja am
  5. Seorang jaga

Bilangan dan taburan pelajar pada hari pertama sekolah dibuka adalah seperti berikut;

Kaum
Bilangan
Melayu
120
Cina
138
Lain-lain
130
Jumlah
388 orang

Dari segi fizikalnya, sekolah ini terdiri daripada 2 blok bangunan bertingkat tiga’ satu blok bangunan bengkel Seni Perusahaan, sebuah kantin, dan sebuah tempat letak basikal. Sebuah bangunan yang mempunyai empat buah bilik darjah dan sebuah astaka sukan dibina pada tahun 1989.

Dalam blok utama pula, terdapat :

21 buah bilik darjah

3 buah makmal sains

1 makmal ERT

1 buah pejabat

1 buah bilik guru

1 buah bilik solat

1 buah bilik seni

1 buah Pusat Sumber Sekolah

1 buah bilik tayangan

8 buah tandas

1 buah bilik kuasa

5 buah bilik stor

2 buah bilik wuduk



LENCANA SEKOLAH

 


Maksud lencana sekolah ialah:
Lambang 3 B mewakili perkataan “ BERUSAHA , BERILMU, BERBAKTI "
Bulatan kecil pada 3 B melambangkan tiga kaum terbesar penduduk
Di tengah-tengah ialah buku, lambang pengetahuan. Manakala bentuk komputer bererti sains dan teknologi.
Api yang menyala ialah sebagai semangat dan kegigihan


Pengertian warna dalam lencana adalah:
Kuning : Bangsa yang beraja dan berdaulat
Hijau : Rakyat yang beragama
Oren : Kesungguhan dan kerajinan


Lencana dan motto sekolah dicipta oleh:
Pn. Loo Siat Lee
En. Ali bin Abdul Hamid
En. Shaharom bin Ismail


Motto sekolah ialah:
Berusaha , Berilmu, Berbakti

No comments: