Wednesday 30 April 2014

PERTANDINGAN KELAS TERBERSIH


Berdasarkan daripada penilaian bulanan , kelas 3 Inovasi menjadi kelas juara bagi pertandingan kelas terbersih bagi menengah rendah .Bagi kategori menengah atas , 4 Aspirasi mengungguli kejuaraan dan memegang takhta sebagai kelas terbersih .







Tahniah diucapkan pada kelas yang menjadi pemenang .Bagi yang tidak berjaya , anda boleh berusaha lagi untuk bulan yang akan datang .



Saturday 19 April 2014

PERTUNJUKAN ROBOTIK SEMPENA MINGGU SAINS & MATEMATIK

Sebahagian pelajar menyaksikan pertunjukan robot yang memukul bola secara automatik .Robot dihasilkan dengan kreativiti dan inovasi pelajar serta mendapat tunjuk ajar dari guru yang berkenaan . Pertunjukan yang diadakan bersempena minggu Sains dan Matematik ini dikendalikan oleh pelajar tingkatan 3 .





Tuesday 8 April 2014

PREPARATION

ASSALAMUALAIKUM
  
Sekolah Menengah Kebangsaan Slim telah terpilih untuk menyertai Pertandingan Laluan PPDa unutk sesi 2014 . Di masa yang terluang ini , kami sedang bertungkus -lumus melakukan penyediaan dan penambahbaikan pada laluan PPDa .Terdapat ramai pihak yang bekerjasama demi menjayakan pertandingan ini .








PPDA 2014

    


        Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian ,
sudah setahun blog PPDa ini tidak di-update , maka di kesempatan ini , saya ingin memperkenalkan kepada anda ahli jawatankuasa baru bagi PPDa SMK Slim sesi 2014 . PPDa SMK Slim dibimbing oleh 2 orang guru yang berdedikasi , Puan Norazian dan Puan Norita . PPDa SMK Slim diketuai oleh Fahman Mujib dan ahli yg lain . Saya ingin memberitahu kepada anda bahawa tahun ini SMK Slim sekali lagi mengambil tempat dalam Pertandingan Laluan PPDa peringkat kebangsaan . Diharapkan anda memberi sokongan kepada kami seterusnya menjadi pembaca blog yang sentiasa 'alert' dan mengikuti isu semasa di SMK Slim yang kami paparkan :)

Sekian .