Tuesday 2 October 2012

LIRIK LAGU TEMA PPDa

Usah Biarkan Masa Berlalu Pergi
Dalam Meniti Ranjau Berduri
Wawasan Negara, Kekal
Waja, Bina Bersama…..

Harapan Semua….
Anak-Anak Bangsa
Kami Sihat…Kami Hebat
Kami Kuat….Kami Tekad…..

Tanpamu…Diri Bebas Merdeka
Tanpamu…Hidup Riang Cemerlang
Tanpamu…Nusa Bangsa Gemilang
Tanpamu…Negara Pasti Terbilang
Kita Bersatu, Kita Bersatu.
Kita Berpadu, Kita Berpadu

Katakan…..
Laungkan….

“Kami Bebas Dari Dadah”

Kesan Dadah Kepada Fizikal, Mental, Emosi dan Sosial


Kesan Dadah Kepada Fizikal



  • Pengaruhnya terhadap sistem penting pada tubuh badan seperti system pernafasan,saraf,jantung metabolisme dan otot-otot
  • Kadar pernafasan menjadi lebih pendek dan perlahan
  • Kadar degupan jantung berkurangan
  • Tubuh menggigil akibat penurunan kadar metabolisme
  • Mata menjadi merah
  • Berat badan terjejas


Kesan Dadah Kepada Mental dan Emosi

Kesan dan akibat pengaruh dadah pada otok dan minda ialah kesan psikologi.Ini termasuk rasa seronak dan khayal.pada masa yang sama seseorang itu akan hilang kawalan diri dan pemikiran.Sekiranya bekalan dadah tidak diperolahi,mereka akan berasa keluh-kesah,gian dan amat derita.Matanya akan berair,hidung berhingus,perut berasa sakit dan perit,kadang kala muntah dan cirit-birit


Kesan Dadah Kepada Sosial

  • Hilang minat dan tidak mempedulikan tanggungjawab terhadap pekerjaan,keluarga serta masyarakat sekeliling
  • Maruah dan nama baik keluarga tercemar dalam kalangan masyarakat
  • Prestasi dan disiplin kerja merosot,tingkah laku dan sikap berubah daripada apa yang biasa diamalkan sebelumnya
  • Rumah tangga menjadi porak peranda
  • Perpisahan dan percerian antara ahli keluarga
  • Harapan ibu bapa ke atas anak menjadi musnah

Cara Mengatasi Masalah Penagihan Dadah

Disini adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah penagihan dadah.

Tingkatkan pengetahuan :-


  • cari maklumat tentang ubat-ubat yang sering disalah guna dan tanda-tanda penyalahgunaan
  • sering berkongsi maklumat dengan ibu bapa, guru dan jiran
  • hargai maklumat orang lain tentang anak anda



Pendidikan yang kukuh dan berkesan adalah bermula dari rumah :-

  • terapkan kepentingan ubat dan cara pengambilan yang betul
  • beritahu anak-anak tentang bahaya penyalahgunaan ubat ubatan
  • awasi anak anda jika ada tanda ketagihan atau perubahan yang ketara


Jadi rakan yang paling baik kepada nak anda :-


  • sentiasa bekomunikasi dengan anak anda
  • berkongsi masalah dan pengalaman dengannya
  • kenali rakan anak anda
  • ketahui dimana anak anda berada pada setiap masa.


3 Perbezaan Antara Ubat dan Dadah


Ubat

  • Memberi manfaat seperti menyembuh dan merawat penyakit
  • Tidak memberikan kesan yang tidak diingini seperti pening kepala dan mengatuk.kesan ini akan reda apabila pengambilan ubat itu dihentikan
  • Penggunaannya tidak banyak sekatan undang-undang melainkan dalam hal tertentu sahaja
Dadah


  • Dadah tidak bersifat sedemikian
  • Memberikan kesan berbahaya yang berkekalan walaupun pengambilannya dihentikan
  • Dadah meninggalkan kesan penagihan dan diharamkan penggunaannya

Monday 1 October 2012

Persediaan Rapi Kami Lakukan !






Sekolah Kami telah membuat pelbagai persiapan yang rapi bagi pertandingan yang akan kami sertai ini.
sepanjang beberapa bulan ini, semua guru-guru SMK Slim telah membahagikan tugas masing-masing bagi melancarkan lagi persiapan Laluan PPDa ini.

Salah satu hasil daripada kerja keras rakan-rakan seperjuangan ini adalah seperti yang ditunjukkan oleh gambar dibawah.















Semua pihak SMK Slim telah sepakat dalam menjayakan laluan PPDa ini. Antaranya ialah, En Roslan Saad telah dipercayai bagi menyiapkan salah satu bahagian penting bagi laluan ini iaitu kesan negatif dadah. Yang boleh dilihat dalam lorong kami ialah satu model patung yang menjalani hukuman gantung sampai mati dan juga replika kubur bagi seorang pesakit AIDS.

Kesan-kesan Buruk Dadah


 
 

1. Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang) .

2. Dalam keadaan mabuk atau khayal , penagih tidak dapat mengawal pergerakan dan perimbangan badannya .

3. Risiko jangkitan HIV/AIDS , Hepatatis dan Sawan apabila menggunakan alat suntikan yang dikongsi .

4. Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran , kelahiran bayi songsang , lahir belum cukup bulan , kematian bayi semasa lahir /melahirkan bayi yang tidak sempurna/cacat .

5. Melemah dan merosak daya pemikiran , pemahaman , percakapan , pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah .

6. Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan masyarakat .

7. Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya samseng , kecurian , rompakan , rogol , pembunuhan dan sebagainya . Ini adalah kerana penagih sebenarnya telah mengalami kerosakan otak dan mampu atau sanggup melakukan apa sahaja demi ketagihan mereka kepada dadah .

8. Membawa maut kepada : -

a. Diri sendiri

Contohnya :
Akibatnya daripada pengambilan dos yang berlebihan .

b. Ahli keluarga

Contohnya :
Ibu , kerana tindakan ganas/luar kawalan penagih kerana memerlukan wang untuk membeli dadah .

c. Orang awam

Contohnya :
Kemalangan akibat memandu di bawah pengaruh dadah .

               sm_beer_drinking.gif                                                 people_37.gif