Thursday 28 August 2014

APA ITU ECTASY ?

ECTASY 




Mungkin ramai yang tertanya-tanya ...apa itu ectasy ? gula-gula ? atau sekadar pil biasa  yang berwarna -warni ?
Ecstacy, atau nama saintifiknya   Methylene Dioxy Meth Amphetamine (MDMA), 
adalah dadah peransang jenis Amfetamina (Amphetamine-Type Stimulants, 
ATS).
Seperti pengeluaran dadah-dadah lain yang dilarang, tiada terdapat kawalan ke 
atas faktor-faktor seperti kekuatan dan kebersihan dalam pengilangan haram 
dadah ATS. Pencemaran boleh berlaku semasa penghasilan haram dadah ini 
dan kerapkali bahan mentah yang rendah mutunya dicampurkan, menyebabkan 
mutu dan kekuatan MDMA yang dihasilkan sering berbeza. Ini meningkatkan 
lagi risiko pendedahan pengguna kepada kesan buruk akibat pengambilan 
dadah ini. 

BAGAIMANA ECTASY DIGUNAKAN ?

Ecstacy selalunya didapati sebagai tablet kecil berwarna putih, kuning coklat
dan dari berbagai-bagai saiz, bentuk dan corak . Kebanyakan yang didapati di 
pasaran gelap adalah dari kekuatan 50-150mg sebiji. Selalunya dos yang 
diambil untuk mendatangkan kesan ialah 75-100mg. Walau bagaimanapun, 
seseorang mungkin memerlukan dos yang lebih untuk mendapatkan kesan yang 
sama akibat penggunaan yang berulang . 
Cara yang biasa ialah dengan menelannya, walaupun pil ini berasa pahit. Pil 
Ecstacy boleh juga dihancurkan (ia juga didapati dalam bentuk serbuk) dan 
dihidu. Pil ini juga boleh dimasukkan dalam dubur di mana dadah ini boleh 
terserap. Ecstacy juga boleh didapati dalam bentuk cecair dan akhir-akhir ini di
negara-negara Barat, cara administrasi Ecstacy yang digemari ialah secara 
suntikan. 


GELARAN LAIN BAGI ECTASY ~


Ecstacy juga dikenali sebagai ‘the love drug’, ‘the yuppie drug’, ‘ the dance drug’,
’pink lady’, and ‘playboy’; bergantung kepada corak yang tertera di pil berkenaan.
Nama-nama ini juga sering berubah setiap beberapa bulan.

BAGAIMANA TAHAP PENYALAHGUNAAN ECTASY DI MALAYSIA ?

Ectasy digunakan oleh segolongan remaja sebelum atau semasa pesta tari-menari di kelab malam ,club , disko ,konsert , atau lain-lain tempat hiburan kerana kesan stimulinya.Dipercayai masalah  pil ini mula menular pada awal tahun 1996.Untuk pil yang diimport harganya dianggarkan pada 
RM100 sebiji, tetapi pil tiruan boleh diperolehi dengan harga RM40 sebiji. Jumlah rampasan oleh pihak penguatkuasaan ialah 20,276 biji pada tahun 1996,
38,389 biji pada tahun 1997, 9,231 biji pada tahun 1998 dan 55,975 biji pada 
tahun 1999. Untuk tempoh 5 bulan pertama tahun ini (Januari – Mei 2000)
sejumlah 22,554 biji pil telah dirampas. 
Adalah dilaporkan dalam satu serbuan di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, 180 
dari 445 pengunjung disko haram (iatu 40.4%) yang diuji didapati positif 
menggunakan ATS. 


APAKAH KESAN SEGERA ECTASY ?

Ecstacy membuat penggunanya berasa gembira, seronok, tenang, bersikap lebih 
terbuka, sensitif kepada sentuhan, cepat mesra dan senang berdamping dengan 
orang lain (dari situ terbitnya nama ‘love drug’). Pengguna merasa yakin, daya
penarikan diri meningkat dan tenang. Kesan ini ditambah lagi dengan bunyi 
muzik yang seiring dengan degupan jantung seseorang semasa di dewan tarian 
dan menyebabkan penggunanya menari dengan lebih rancak lagi dan untuk 
tempoh yang lebih lama. Terdapat pengurangan perilakuan persaingan dan 
agresif; dan seks di bawah kesan pil ini dirasa lebih lembut, lebih berahi dan 
lebih mesra. 
Walaubagaimanapun, pengguna Ecstacy juga boleh mengalami kesan yang 
buruk seperti degupan jantung menjadi kencang, suhu badan dan tekananDengan pengunaan yang berulang, pengguna akan mengalami imbasan 
kejadian, di mana peristiwa kenangan silam kerap terjadi dan membingungkan.  darah 
meningkat, mengetap rahang, mengancing gigi, mulut kering, muntah-muntah,
hilang selera, kekejangan otot, berpeluh, rasa panas atau sejuk, dahaga, kurang 
pengeluaran air kencing, pening, risau, ketakutan, gelabah dan susah untuk 
tidur. Pengguna lelaki juga boleh mengalami masalah ereksi dan gagal 
menikmati kepuasan. Ada juga kalangan pengguna yang merasa terancam
dan lemah, lebih-lebih lagi apabila bersama dengan mereka yang tidak dikenali. 

Kesan pengambilan Ecstacy melalui 3 fasa : 
• Peringkat permulaan : pengguna merasa khayal dengan cepat 
• Peringkat tengah : di mana pengguna merasa gembira, seronok dan tenang 
• Peringkat akhir: di mana penggunanya merasa keletihan, murung, gentar, 
cemas, mudah meradang; kurang tumpuan, menghadapi masalah tidur dan 
merasa tidak selamat. 

Dengan pengunaan yang berulang, pengguna akan mengalami imbasan 
kejadian, di mana peristiwa kenangan silam kerap terjadi dan membingungkan. 
Sesiapa yang mengidap penyakit darah tinggi, sakit jantung, masalah hepar, 
sawan dan mempunyai sejarah gangguan mental dan kejutan panik akan 
mengalami risiko yang lebih dari kerosakan fizikal dan psikologi akibat Ecstacy. 


APAKAH KESAN DOS BERLEBIHAN ECTASY ?


Pada dos yang lebih tinggi Ecstacy tidak mendatang kesan yang lebih 
menyeronokkan tetapi sebaliknya menyebabkan muntah-muntah, perasaan 
terapung, perlakuan ganjil, menghadapi khayalan dan sawan. Dos yang tinggi 
menyebabkan suhu badan dan tekanan darah meningkat tinggi sementara 
degupan jantung menjadi bertambah kencang sehingga boleh membawa maut. 
Kesan ini lebih membahayakan mereka yang sememangnya menghadapi 
masalah jantung atau pernafasan, mereka yang menghadapi kemurungan dan 
lain-lain masalah psikologi. 

BAHAYA ECTASY KEPADA KESIHATAN 


Penggunaan Ectasy boleh memudaratkan kesihatan kerana :


1. Penggantungan psikologi di mana seseorang mendapati 
sukar untuk berhenti atau mengurangkan penggunaan Ecstacy. 
2. Ecstacy merosakkan otak dan sistem saraf seseorang. 
3. Ecstacy merosakkan jantung dengan menyebabkan degupan 
jantung bertambah kencang dan tidak menentu, dan 
peningkatan tekanan darah. 
4. Ecstacy merosakkan hati (hepar). 
5. Ecstacy mendatangkan kerosakan buah pinggang. Ecstacy 
menyebabkan suhu badan meningkat dan kehilangan air dari 
badan yang banyak, mengakibatkan buah pinggang gagal 
berfungsi dan akhirnya membawa maut. 
6. Tarian rancak di bawah pengaruh Ecstasy boleh mendatangkan 
kecederaan kepada otot, sendi dan tulang. 
7. Gangguan pembekuan darah yang disebabkan oleh Ecstasy 
boleh menyebabkan perdarahan dalaman dan mendatangkan 
maut. 
8. Ecstacy boleh membahayakan bayi dalam kandungan dan 
menyebabkan keguguran kepada wanita yang mengandung. 
9. Ecstacy boleh menyebabkan kemalangan jalanraya kerana 
penggunanya mengalami penglihatan yang kabur dan khayal 
semasa memandu. 
10. Bahaya kepada exploitasi seks dan seks bebas - Remaja 
terutama gadis-gadis di bawah pengaruh Ecstacy akan 
terdedah kepada bahaya ekploitasi seks serta hubungan jenis
tidak selamat yang boleh menyebabkan jangkitan HIV, hepatitis
dan lain-lain penyakit kelamin. 
11. Ecstacy juga mendatangkan masalah sosial kerana ia 
menjejaskan hubungan dengan keluarga dan orang lain. 
Keadaan pengguna yang sentiasa gelisah dan tidak menentu 
juga memburukkan lagi hubungannya dengan orang lain. 

Mungkin setakat ini sahaja post berkaitan dadah ectasy yang saya boleh kongsikan kepada anda .Terima kasih kerana sudi membaca. 


Tuesday 26 August 2014

Kejohanan Balapan Tahunan Kali yang ke-29

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ini saya ingin membicarakan tentang kemenjadian pelajar tanpa pengaruh dadah .Ya , semestinya pelajar tanpa pengaruh dadah mampu membentuk diri menjadi seorang pelajar .Misalnya , dalam bidang sukan .

Seperti yang sedia maklum , pada 23 Ogos yang lalu , SMK Slim telah mengadakan Kejohanan Balapan Tahunan Kali yang ke-29.










Mereka juga cemerlang dalam membina sebuah pasukan perbarisan , memimpin pasukan dan bekerjasama sesama pasukan .








Tanpa dadah , para pelajar mungkin akan menjadi bakal atlet negara serta menyumbang kepada negara dari aspek sukan .Kejohanan kali ini dijuarai oleh pasukan rumah kuning atau lebih dikenali sebagai rumah Jentayu .Tahniah diucapkan kepada  pemenang dan pada yang tidak berjaya , anda boleh berusaha pada tahun akan datang .