Wednesday 20 February 2013

Info SMK SLIM

VISI SEKOLAH

Menggiatkan penjanaan transformasi ke arah kecemerlangan SMK Slim secara holistik.

MISI SEKOLAH

Kami akan bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu pengetahuan untuk melahirkan kecemerlangan dalam bidang:
  • Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus
  • Akademik yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang cemerlang.
  • Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan.
  • Sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif.
  • Kokurikulum yang berasaskan generasi bestari, jatidiri dan integerasi nasional.
FALSAFAH

Pendidikan yang sempurna selaras dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk menjadikan warga Malaysia yang bersatu padu, setia kepada negara, cemerlang dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta mengamalkan cara hidup yang positif dan berjasa kepada keluarga, masyarakat dan negara.

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Januari 1984 dan telah memulakan sesi pengajiannya pada tarikh tersebut.
Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Slim, Slim River. Pembinaannya menelan belanja sebanyak RM 1, 538,000.00. Bangunan sekolah ini terletak di atas tanah seluas 22 ekar di Barat Daya pekan Slim River.
Sekolah ini dibina untuk menampung kesesakan tempat pengajian di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Slim River ( sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Zulkifli Muhammad) kerana pertambahan pelajar di sekolah tersebut yang semakin pesat dari tahun ke tahun.
Pada hari pertama sekolah ini dibuka, sebanyak 8 buah kelas telah diwujudkan, iaitu 2 kelas Tingkatan Satu dan 6 buah kelasTingkatan Peralihan.Pada 13 Mac 1984 dua buah kelas Tingkatan Empat telah diwujudkan dan pelajar-pelajarnya datang dari Sekolah Menengah Jenis kebangsaan Slim River.
Guru-guru pada hari pertama sekolah ini dibuka ialah:
  1. En. Kamaron bin Kilau ( Pengetua)
  2. En. Ali bin Abdul Hamid
  3. En. Shaharom bin Ismail
  4. En. Ahmad Nazri bin Abdul Ghani
  5. Pn. Loo Siat Lee
  6. Pn.Saraswathy a/p Munusamy
  7. Cik Khairunisa by. Mydin
  8. Cik Maznah bt. Masyhur
  9. Cik Siti Salwa bt. Ahmad
  10. En. P.Kandasamy
Kakitangan sekolah terdiri daripada:
  1. 10 orang guru ( termasuk pengetua)
  2. Seorang pegawai kerani
  3. Seorang pembantu makmal
  4. 3 orang pekerja am
  5. Seorang jaga
Dari segi fizikalnya, sekolah ini terdiri daripada 2 blok bangunan bertingkat tiga’ satu blok bangunan bengkel Seni Perusahaan, sebuah kantin, dan sebuah tempat letak basikal. Sebuah bangunan yang mempunyai empat buah bilik darjah dan sebuah astaka sukan dibina pada tahun 1989.
Dalam blok utama pula, terdapat :
21 buah bilik darjah
3 buah makmal sains
1 makmal ERT
1 buah pejabat
1 buah bilik guru
1 buah bilik solat
1 buah bilik seni
1 buah Pusat Sumber Sekolah
1 buah bilik tayangan
8 buah tandas
1 buah bilik kuasa
5 buah bilik stor
2 buah bilik wuduk
LAGU SEKOLAH
Mari kita bersama
Menuju cita-cita
Untuk membangun negara
Tekun kita berjaya

Berusaha dan berilmu
Berbakti pada nusa
Hidup kita akan bahagia
Negara maju jaya

Janganlah kita berputus asa
Usaha terus usaha
Penuhi ilmu di dada kita
Tempah bakti setia

Guru dan ibu bapa
Sentiasa dihormati
Menjunjung Rukunegara
Hidup aman sentosa.


Lagu ciptaan: 
Lagu sekolah adalah hasil ciptaan Tuan Haji Hussein b. Shaharudin
( Bekas Pensyarah IPSI, Tanjung  Malim)
LENCANA SEKOLAH

Maksud lencana sekolah ialah:
 Lambang 3 B mewakili perkataan “ BERUSAHA , BERILMU, BERBAKTI "
 Bulatan kecil pada 3 B melambangkan tiga kaum terbesar penduduk
 Di tengah-tengah ialah buku, lambang pengetahuan. Manakala bentuk komputer bererti sains dan teknologi.
 Api yang menyala ialah sebagai semangat dan kegigihan
Pengertian warna dalam lencana adalah:

Kuning : Bangsa yang beraja dan berdaulat

Hijau    : Rakyat yang beragama

Oren     : Kesungguhan dan kerajinan

Lencana dan motto sekolah dicipta oleh:

Pn. Loo Siat Lee
En. Ali bin Abdul Hamid
En. Shaharom bin Ismail

Motto sekolah ialah:

Berusaha , Berilmu, Berbakti