Monday 15 July 2013

KESAN SYABU ICE

Penggunaan syabu memudaratkan kesihatan kerana:

Toleran - kesan toleran terjadi dengan cepat mengakibatkan penggunanya mengambil dos lebih dan berulang untuk meneruskan kesan khayal yang dialaminya. Dalam keadaan tertentu, pengguna tidak makan atau tidur tetapi pada masa yang sama terus menyuntik dadah ini sehingga 1 gram setiap 2- 3 jam dalam jangka masa beberapa hari sehingga bekalannya habis atau sehingga mereka tidak berupaya meneruskannya. Terdapat juga pengguna yang tahan tidak tidur dari 3 - 15 hari akibat dadah ini.

Penagihan - Pengguna dadah ini akan mengalami ketagihan dan juga penggantungan psikologi akibat pengambilan syabu. Ketagihan ini akan berada pada tahap kronik dan berulang. Pemberhentian pengambilan dadah ini akan menyebabkan kemurungan, kegelisahan, keletihan, syak wasangka tanpa sebab, sifat ganas dan menagih untuk mendapatkan dadah tersebut.

Pengabaian diri - Apabila di bawah pengaruh syabu, pengguna tidak makan, tidur dan mengabaikan diri sendiri. Penggunaan pada dos tinggi akan menyebabkan hilang berat badan yang ketara, muka menjadi pucat, pengabaian kesihatan diri dengan perpeluhan , badan berbau, gigi kekuningan, berparut dan luka-luka di badan. Kudis jelas kelihatan akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya.

Kurang daya tahan kepada penyakit - Pengguna syabu yang mengabaikan pemakanan dan tidur yang sempurna akan menjadi lemah dan kurang daya tahan melawan penyakit.

Kerosakan pada otak dan sistem saraf seseorang - Penggunaan kronik mengakibatkan berkelakuan terlalu aktif, susah tidur, kemurungan yang teruk, khayal, syak wasangka tanpa sebab, bersikap garang, keganasan tidak terkawal, dan perlakuan psikotik seperti gila. Penyelidik-penyelidik mendapati kerosakan pada sistem saraf dan otak yang bolih menyebabkan gejala-gejala seperti penyakit Parkinson (dengan gangguan pergerakan anggota-anggota badan) dan penyakit Alzheimer (dengan kehilangan ingatan dan kekurangan daya berfikir).

Gangguan metabolisma badan - dadah ini menyebabkan hilang selera yang ketara, kurang pemakanan, kehilangan berat badan yang jelas, kurus dan lain-lain masalah akibat metabolisma badan yang terjejas.

Kerosakan pada jantung dan sistem pendarahan - dadah ini menyebabkan degupan kencang, tidak menentu dan tekanan darah meningkat, yang mengakibatkan sakit jantung dan maut. Kerosakan pada saluran darah menyebabkan sakit ahmar.

Kerosakan pada sistem pernafasan - dadah ini, lebih-lebih lagi jika dicemarkan dengan bahan berbahaya, akan menyebabkan masalah pernafasan.

Gangguan kepada saluran makanan - Kebuluran berlanjutan sebab tidak makan semasa pengambilan syabu, serta bahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan bahan lain menyebabkan gangguan kepada perut dan sistem penghadaman

Bahaya semasa mengandung - penggunaan methamphetamine semasa mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran. Bayi yang dilahirkan adalah kecil, terlalu aktif dan mudah gelisah. Dikhuatiri juga bayi ini akan mengalami masalah mental dan masalah tumbesaran .

Kemalangan jalanraya - pengguna syabu boleh terlibat dalam kemalangan jalanraya akibat kesan kebingungan, khayal, paranoia, keganasan dan kelakuan psikotik.

Bahaya daripada exploitasi seks dan seks bebas - Hasil penyelidikan mendapati pengguna methamphetamine menjadi lebih berahi. Penggunaan dadah ini sering dikaitkan dengan hubungan seks yang lebih ganas menyebabkan pendarahan dan luka. Remaja terutama gadis-gadis di bawah pengaruh syabu akan terdedah kepada bahaya ekploitasi seks serta hubungan jenis tidak selamat yang boleh menyebabkan jangkitan HIV, hepatitis dan lain-lain penyakit kelamin. Penggunaan methamphetamine dalam jangkamasa panjang menyebabkan lelaki menghadapi masalah fungsi seks mereka.

Karnival PPDa 2013 Peringkat Sekolah

Assalamualaikum .

Pada hari Sabtu , 29 Jun 2013 . Sekolah Menengah Kebangsaan Slim telah mengadakan Karnival PPDa 2013 bagi peringkat sekolah . Banyak aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut . Pihak sekolah juga telah menjemput pegawai Polis dari Balai Polis Slim River bagi memeriahkan takwim pada hari tersebut . Beliau memberi ceramah dan pertunjukkan tentang Dadah , pertunjukan anjing penyiasatan dan pameran tentang dadah dan alat alat bagi pengambilan dadah .

Pada pagi tersebut , Tuan pengetua iaitu Pn Hajah Siti Mariam Bt Haji Joned telah merasmikan karnival tersebut . Gimik perasmian yang telah disempurnakan dengan jayanya iaitu pelancaran Helikopter .

Thursday 25 April 2013

Minggu Teknik & Vokasional

ASSALAMUALAIKUM .

Sekolah Menengah Kebangsaan Slim telah merasmikan minggu Teknik & Vokasional pada 22 April 2013 . Terdapat pelbagai aktiviti dan pertandingan yang dijalankan pada minggu tersebut . Antaranya , kuiz Perdagangan , melukislLukisan Isometri , promosi jualan , pertandingan menjahit , dan banyak lagi . Antara barang yang dijual adalah baju , tudung , ice blend , ice float , donat dan bermacam-macam lagi . Barangan yang dijual juga agak berpatutan berbanding barang yang dijual di luar sekolah dan mampu dibeli oleh para pelajar .  Promosi tersebut dijalankan pada hari Khamis , 25 April 2013 di Koperasi SMK Slim . Kuiz perdaganan diadakan pada setiap pagi hari ditapak perhimpunan pada minggu tersebut . Setiap kuiz menawarkan hadiah yang lumayan . Kuiz tersebut disampaikan oleh Puan Norhayati Bt Ismail (Guru Kanan Teknik & Vokasional) .

Antara objektif promosi jualan yang diadakan :

  • Dapat melatih murid-murid supaya menjadi seorang usahawan yang berjaya . 
  • Dapat menjadi pembeli dan pengguna yang bijak . 
  • Melatih diri supaya sentiasa berjimat-cermat .

Wednesday 24 April 2013

Kami dah ada Facebook page

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah . Setelah sekian lama kami bertungkus-lungmus menyiapkan laluan PPDa . Akhirnya hampir siap juga . Semua warga sekolah turut membantu bagi menjayakan Program ini . Kami sentiasa bekerjasama menguruskan laluan tersebut . Insha-Allah . Dalam masa terdekat ini , laluan kami akan siap sepenuhnya . Walaupun murid-murid dan guru-guru turut membantu dalam program ini , kami sentiasa mementingkan MMI . Oleh itu , P&P tidak akan terganggu disebabkan program ini .

Kepada sesiapa yang mempunyai akaun FACEBOOK . Sila like page kami

Terima kasih .

Tuesday 23 April 2013

Misi & Visi PPDa

VISI

SEKOLAH BEBAS DADAH

MISI

Melahirkan murid bebas dadah melalui program PPDa yang bersepadu dan menyeluruh dari aspek pengurusan & menyeluruh dari aspek pengurusan & kepimpinan kurikulum , kokurikulum serta pembangunan sahsiah

Monday 22 April 2013

Minggu Sains & Matematik

ASSALAMUALAIKUM

Sekolah Menengah Kebangsaan Slim baru sahaja melancarkan minggu Sains & Matematik . Minggu tersebut dilancarkan oleh Bonda kami iaitu Pn Hajah Siti Mariam bt Haji Joned . Minggu ini dijalankan dari 14-19 April 2013 . Terdapat banyak pertandingan dan aktiviti yang dijalankan pada minggu tersebut . Antaranya Saintis Muda , Perlancaran Roket , Sudoku , Kuiz Sains & dan banyak lagi . Ramai murid yang turut serta menjayakan aktiviti pada minggu tersebut.


 








Wednesday 20 February 2013

Info SMK SLIM

VISI SEKOLAH

Menggiatkan penjanaan transformasi ke arah kecemerlangan SMK Slim secara holistik.

MISI SEKOLAH

Kami akan bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu pengetahuan untuk melahirkan kecemerlangan dalam bidang:
  • Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus
  • Akademik yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang cemerlang.
  • Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan.
  • Sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif.
  • Kokurikulum yang berasaskan generasi bestari, jatidiri dan integerasi nasional.
FALSAFAH

Pendidikan yang sempurna selaras dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk menjadikan warga Malaysia yang bersatu padu, setia kepada negara, cemerlang dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta mengamalkan cara hidup yang positif dan berjasa kepada keluarga, masyarakat dan negara.

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Januari 1984 dan telah memulakan sesi pengajiannya pada tarikh tersebut.
Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Slim, Slim River. Pembinaannya menelan belanja sebanyak RM 1, 538,000.00. Bangunan sekolah ini terletak di atas tanah seluas 22 ekar di Barat Daya pekan Slim River.
Sekolah ini dibina untuk menampung kesesakan tempat pengajian di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Slim River ( sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Zulkifli Muhammad) kerana pertambahan pelajar di sekolah tersebut yang semakin pesat dari tahun ke tahun.
Pada hari pertama sekolah ini dibuka, sebanyak 8 buah kelas telah diwujudkan, iaitu 2 kelas Tingkatan Satu dan 6 buah kelasTingkatan Peralihan.Pada 13 Mac 1984 dua buah kelas Tingkatan Empat telah diwujudkan dan pelajar-pelajarnya datang dari Sekolah Menengah Jenis kebangsaan Slim River.
Guru-guru pada hari pertama sekolah ini dibuka ialah:
  1. En. Kamaron bin Kilau ( Pengetua)
  2. En. Ali bin Abdul Hamid
  3. En. Shaharom bin Ismail
  4. En. Ahmad Nazri bin Abdul Ghani
  5. Pn. Loo Siat Lee
  6. Pn.Saraswathy a/p Munusamy
  7. Cik Khairunisa by. Mydin
  8. Cik Maznah bt. Masyhur
  9. Cik Siti Salwa bt. Ahmad
  10. En. P.Kandasamy
Kakitangan sekolah terdiri daripada:
  1. 10 orang guru ( termasuk pengetua)
  2. Seorang pegawai kerani
  3. Seorang pembantu makmal
  4. 3 orang pekerja am
  5. Seorang jaga
Dari segi fizikalnya, sekolah ini terdiri daripada 2 blok bangunan bertingkat tiga’ satu blok bangunan bengkel Seni Perusahaan, sebuah kantin, dan sebuah tempat letak basikal. Sebuah bangunan yang mempunyai empat buah bilik darjah dan sebuah astaka sukan dibina pada tahun 1989.
Dalam blok utama pula, terdapat :
21 buah bilik darjah
3 buah makmal sains
1 makmal ERT
1 buah pejabat
1 buah bilik guru
1 buah bilik solat
1 buah bilik seni
1 buah Pusat Sumber Sekolah
1 buah bilik tayangan
8 buah tandas
1 buah bilik kuasa
5 buah bilik stor
2 buah bilik wuduk
LAGU SEKOLAH
Mari kita bersama
Menuju cita-cita
Untuk membangun negara
Tekun kita berjaya

Berusaha dan berilmu
Berbakti pada nusa
Hidup kita akan bahagia
Negara maju jaya

Janganlah kita berputus asa
Usaha terus usaha
Penuhi ilmu di dada kita
Tempah bakti setia

Guru dan ibu bapa
Sentiasa dihormati
Menjunjung Rukunegara
Hidup aman sentosa.


Lagu ciptaan: 
Lagu sekolah adalah hasil ciptaan Tuan Haji Hussein b. Shaharudin
( Bekas Pensyarah IPSI, Tanjung  Malim)
LENCANA SEKOLAH

Maksud lencana sekolah ialah:
 Lambang 3 B mewakili perkataan “ BERUSAHA , BERILMU, BERBAKTI "
 Bulatan kecil pada 3 B melambangkan tiga kaum terbesar penduduk
 Di tengah-tengah ialah buku, lambang pengetahuan. Manakala bentuk komputer bererti sains dan teknologi.
 Api yang menyala ialah sebagai semangat dan kegigihan
Pengertian warna dalam lencana adalah:

Kuning : Bangsa yang beraja dan berdaulat

Hijau    : Rakyat yang beragama

Oren     : Kesungguhan dan kerajinan

Lencana dan motto sekolah dicipta oleh:

Pn. Loo Siat Lee
En. Ali bin Abdul Hamid
En. Shaharom bin Ismail

Motto sekolah ialah:

Berusaha , Berilmu, Berbakti