Tuesday 2 October 2012

LIRIK LAGU TEMA PPDa

Usah Biarkan Masa Berlalu Pergi
Dalam Meniti Ranjau Berduri
Wawasan Negara, Kekal
Waja, Bina Bersama…..

Harapan Semua….
Anak-Anak Bangsa
Kami Sihat…Kami Hebat
Kami Kuat….Kami Tekad…..

Tanpamu…Diri Bebas Merdeka
Tanpamu…Hidup Riang Cemerlang
Tanpamu…Nusa Bangsa Gemilang
Tanpamu…Negara Pasti Terbilang
Kita Bersatu, Kita Bersatu.
Kita Berpadu, Kita Berpadu

Katakan…..
Laungkan….

“Kami Bebas Dari Dadah”

Kesan Dadah Kepada Fizikal, Mental, Emosi dan Sosial


Kesan Dadah Kepada Fizikal



  • Pengaruhnya terhadap sistem penting pada tubuh badan seperti system pernafasan,saraf,jantung metabolisme dan otot-otot
  • Kadar pernafasan menjadi lebih pendek dan perlahan
  • Kadar degupan jantung berkurangan
  • Tubuh menggigil akibat penurunan kadar metabolisme
  • Mata menjadi merah
  • Berat badan terjejas


Kesan Dadah Kepada Mental dan Emosi

Kesan dan akibat pengaruh dadah pada otok dan minda ialah kesan psikologi.Ini termasuk rasa seronak dan khayal.pada masa yang sama seseorang itu akan hilang kawalan diri dan pemikiran.Sekiranya bekalan dadah tidak diperolahi,mereka akan berasa keluh-kesah,gian dan amat derita.Matanya akan berair,hidung berhingus,perut berasa sakit dan perit,kadang kala muntah dan cirit-birit


Kesan Dadah Kepada Sosial

  • Hilang minat dan tidak mempedulikan tanggungjawab terhadap pekerjaan,keluarga serta masyarakat sekeliling
  • Maruah dan nama baik keluarga tercemar dalam kalangan masyarakat
  • Prestasi dan disiplin kerja merosot,tingkah laku dan sikap berubah daripada apa yang biasa diamalkan sebelumnya
  • Rumah tangga menjadi porak peranda
  • Perpisahan dan percerian antara ahli keluarga
  • Harapan ibu bapa ke atas anak menjadi musnah

Cara Mengatasi Masalah Penagihan Dadah

Disini adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah penagihan dadah.

Tingkatkan pengetahuan :-


  • cari maklumat tentang ubat-ubat yang sering disalah guna dan tanda-tanda penyalahgunaan
  • sering berkongsi maklumat dengan ibu bapa, guru dan jiran
  • hargai maklumat orang lain tentang anak anda



Pendidikan yang kukuh dan berkesan adalah bermula dari rumah :-

  • terapkan kepentingan ubat dan cara pengambilan yang betul
  • beritahu anak-anak tentang bahaya penyalahgunaan ubat ubatan
  • awasi anak anda jika ada tanda ketagihan atau perubahan yang ketara


Jadi rakan yang paling baik kepada nak anda :-


  • sentiasa bekomunikasi dengan anak anda
  • berkongsi masalah dan pengalaman dengannya
  • kenali rakan anak anda
  • ketahui dimana anak anda berada pada setiap masa.


3 Perbezaan Antara Ubat dan Dadah


Ubat

  • Memberi manfaat seperti menyembuh dan merawat penyakit
  • Tidak memberikan kesan yang tidak diingini seperti pening kepala dan mengatuk.kesan ini akan reda apabila pengambilan ubat itu dihentikan
  • Penggunaannya tidak banyak sekatan undang-undang melainkan dalam hal tertentu sahaja
Dadah


  • Dadah tidak bersifat sedemikian
  • Memberikan kesan berbahaya yang berkekalan walaupun pengambilannya dihentikan
  • Dadah meninggalkan kesan penagihan dan diharamkan penggunaannya

Monday 1 October 2012

Persediaan Rapi Kami Lakukan !






Sekolah Kami telah membuat pelbagai persiapan yang rapi bagi pertandingan yang akan kami sertai ini.
sepanjang beberapa bulan ini, semua guru-guru SMK Slim telah membahagikan tugas masing-masing bagi melancarkan lagi persiapan Laluan PPDa ini.

Salah satu hasil daripada kerja keras rakan-rakan seperjuangan ini adalah seperti yang ditunjukkan oleh gambar dibawah.















Semua pihak SMK Slim telah sepakat dalam menjayakan laluan PPDa ini. Antaranya ialah, En Roslan Saad telah dipercayai bagi menyiapkan salah satu bahagian penting bagi laluan ini iaitu kesan negatif dadah. Yang boleh dilihat dalam lorong kami ialah satu model patung yang menjalani hukuman gantung sampai mati dan juga replika kubur bagi seorang pesakit AIDS.

Kesan-kesan Buruk Dadah


 
 

1. Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang) .

2. Dalam keadaan mabuk atau khayal , penagih tidak dapat mengawal pergerakan dan perimbangan badannya .

3. Risiko jangkitan HIV/AIDS , Hepatatis dan Sawan apabila menggunakan alat suntikan yang dikongsi .

4. Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran , kelahiran bayi songsang , lahir belum cukup bulan , kematian bayi semasa lahir /melahirkan bayi yang tidak sempurna/cacat .

5. Melemah dan merosak daya pemikiran , pemahaman , percakapan , pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah .

6. Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan masyarakat .

7. Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya samseng , kecurian , rompakan , rogol , pembunuhan dan sebagainya . Ini adalah kerana penagih sebenarnya telah mengalami kerosakan otak dan mampu atau sanggup melakukan apa sahaja demi ketagihan mereka kepada dadah .

8. Membawa maut kepada : -

a. Diri sendiri

Contohnya :
Akibatnya daripada pengambilan dos yang berlebihan .

b. Ahli keluarga

Contohnya :
Ibu , kerana tindakan ganas/luar kawalan penagih kerana memerlukan wang untuk membeli dadah .

c. Orang awam

Contohnya :
Kemalangan akibat memandu di bawah pengaruh dadah .

               sm_beer_drinking.gif                                                 people_37.gif

Thursday 12 July 2012

Kuiz Anti Dadah

Pada hari Rabu yang lepas bersamaan dengan 11 Julai 2012, kuiz mengenai anti dadah telah dijalankan. Kuiz ini telah disampaikan oleh Puan Mazita binti Yahya yang merupakan guru sains di sekolah ini. Pelbagai soalan yang telah diberikan kepada semua pelajar yang berada di dataran kejat ketika di perhimpunan pada pagi itu.



Kuiz ini mudah sahaja. Pelajar yang dapat menjawab dengan betul akan diberi hadiah yang sangat lumayan iaitu sebatang pen.

Wednesday 11 July 2012

Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah SMK Slim

Pada hari Isnin bersamaan dengan 9 Julai 2012, minggu Pendidikan Pencegahan Dadah telah berjaya dirasmikan oleh puan pengetua SMK Slim, Puan Hajah siti Mariam binti Joned. Perasmian ini telah mendapat sambutan yang panas oleh para pelajar dan juga guru-guru SMK Slim. Minggu ini bertujuan memberi kesedaran kepada semua warga SMK Slim mengenai bahayanya dadah dan rokok. Beberapa gimik pelancaran yang boleh memberi impak kepada warga SMK Slim.



Sebelum melancarkan minggu ini, Penolong Kanan HEM SMK Slim, Tuan Haji Aman Shah bin Idris telah membacakan utusan daripada Pengarah Pelajaran Negeri Perak.


Selepas PK HEM membacakan utusan, pengetua pula dijemput ke atas memberikan ucapan mengenai dadah lalu merasmikan majlis pada pagi itu.


Pada minggu ini, beberapa aktiviti bakal diadakan seperti mendeklamasikan sajak, teka silang kata , kuiz dan juga cerama oleh pihak AADK Tapah.

Ceramah Anti Dadah daripada AADK Tapah

Pada Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah SMK Slim, banyak agenda yang telah diadakan. Antaranya ialah Ceramah Anti Dadah. Beberapa wakil dari AADK Tapah telah hadir ke sekolah kami untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar SMK Slim. Ceramah ini telah dihadiri oleh semua pelajar tingkatan 1,2,3 dan juga 4 SMK Slim.




Sebelum ceramah bermula, pihak AADK Tapah telah menganjurkan satu pameran mengenai dadah, rokok dan juga HIV di tempat letak kereta pentadbir sekolah.



Selain itu, pihak AADK Tapah juga telah mengadakan ujian air kencing terhadap pelajar-pelajar lelaki SMK Slim.



Tuesday 10 July 2012

Alamak ! Dadah lah !

APAKAH ITU DADAH?

Dadah adalah apa juga bahan kimia asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh, boleh mengubah keadaan badan, perasaan dan kelakuan pengguna.
Ubat digunakan oleh doktor-doktor untuk merawat penyakit­penyakit, tetapi dadah adalah racun yang boleh menyebabkan penyakit dan penagihan, ataupun maut.

PENGGUNAAN DADAH

Penggunaan dadah adalah kemasukan dadah ke dalam tubuh badan dengan apa cara sekalipun (makan, telan, minum, hisap atau suntikan).

PENYALAHGUNAAN DADAH

Apakah penyalahgunaan dadah?

Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian ” Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian.
Penagih dadah cenderung menggunakan dadah secara berterusan walaupun:
  • Berlaku masalah dalam diri atau masyarakat
  • Sering terlibat dengan masalah perundangan akibat penyalahgunaan dadah
  • Meletakkan diri dalam situasi yang berbahaya

Apakah penagihan dadah?

Penagihan dadah dikenali sebagai bergantung dengan dadah.
Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu mula dengan bahan tersebut. Contohnya:
  • Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini
  • Mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila penggunaannya dihentikan
  • Terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak dan tempoh penggunaan yang lebih lama
Penagihan dadah juga akan membuatkan seseorang hilang kawalan diri. Kebiasaannya, penagih dadah akan menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti seperti mencari pengedar, membeli dan menggunakan dadah, begitu juga mendapatkan wang bagi membeli dadah. Apabila seseorang ketagih atau bergantung kepada dadah secara fizikal dan psikologi, akan wujud keinginan yang melampau untuk mengambil atau berterusan menggunakan dadah dalam apa cara sekali pun. Ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri mereka dan masyarakat sekeliling.

Apakah istilah-istilah yang perlu diketahui?

Dadah Psiko aktif
Mempunyai kesan terhadap tingkah laku dan kesedaran
Contohnya; valium, ganja.
Dadah bukan Psiko aktif
Tidak memberi kesan terhadap tingkah laku. Kurang kesan ketagihan.
Pergantungan
  • Keinginan fisiologi dan psiko logikal pada dadah untuk mendapatkan keseronokan dan mengelakkan rasa ketagih
  • Dalam pergantungan fisiologi, ia menjadikan pemikiran, emosi dan perlakuan tertumpu kepada dadah setiap masa
  • Dalam pergantungan fizikal, kesan dadah seperti kegembiraan melampau akan mewujudkan keinginan yang melampau kepada dadah tersebut
  • Gian pula akan mewujudkan perasaan negatif dan ini akan menyebabkan penagih perlu mengambil dadah kembali bagi mengelakkan perasaan negatif tersebut
Gejala Penarikan
Satu sindrom fizikal dan psiko logikal yang negatif akibat pemberhentian penggunaan dadah dengan mendadak.
Lali
Memerlukan jumlah dos yang tinggi untuk mendapatkan kesan psiko logikal yang sama.

Kenapa mereka mengambil dadah?

  • Ingin mencuba
  • Terikut-ikut
  • Amalan budaya
  • Suasana semasa. Contohnya; perang / kelab malam
  • Tekanan / cabaran dalam kumpulan
  • Bagi tujuan merawat
  • Meningkatkan kawalan diri dan prestasi

Apakah jenis-jenis dadah yang kerap disalahgunakan?

Opium / candu
  • Morfin, Heroin – euphoria, painkiller
    • Melahirkan rasa euforia dan penahan sakit
    • Euforia, ubat tahan sakit
Perangsang
  • Kokain, Amfetamina -
    • Euforia, berkeyakinan
Penenang
  • Anxiolytics / Anti-anxiety drugs – Benzodiazepines
    • Benzodiazepines
Halusimogen – Psikedelik (Warna-warna terang dan berkilauan)
  • Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed
  • LSD – lysergic asid diethylamide, asid
Nikotin / Tembakau
  • Terangsang dalam dos yang kecil
Alkohol – agen kemurungan
  • Terangsang pada dos yang rendah tetapi terencat bila mengambil dos yang berlebihan
Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed
Hidu (Inhalants / Solvent) – Menghidu gam atau petrol
Lain -lain – daun ketum
Tanda dan gejala

Bagaimana mengetahui seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah?

  • Resah, gelisah
  • Prestasi kerja atau akademik yang merosot
  • Mencuri wang atau apa saja sama ada di rumah, sekolah atau di tempat kerja
  • Perubahan sikap secara mendadak seperti tabiat makan, tidur dan aktiviti harian
Perubahan emosi secara tiba-tiba
  • Bercakap merepek
  • Mengabaikan penampilan diri
  • Menghindari kawan biasa yang tidak mengambil dadah
  • Berkelakuan mencurigakan seperti menghabiskan banyak masa di bilik air atau bilik tidur dan rasa curiga yang keterlaluan kepada yang lain
  • Kelihatan letih, penat dan mamai
Komplikasi
Kesan penyalahgunaan dadah yang berterusan akan merosakkan:
  • Kebersihan dan kesihatan diri
  • Kesihatan mental
  • Prestasi pelajaran
  • Hubungan sosial
  • Status kewangan
Penyalahgunaan dadah akan lebih merumitkan bila ia melibatkan:
  • Penggunaan pelbagai jenis dadah
  • Aktiviti jenayah
  • Kaum keluarga
  • Masalah perubatan
  • Masalah psikiatri
  • Kanak-kanak dan remaja (umur kurang 18 tahun)
Rawatan
Ketagihan adalah bersifat psikologi. Mereka yang telah kronik dalam penyalahgunaan dadah sukar disembuhkan. Pertolongan dari mereka yang profesional amat diperlukan. Rawatan untuk ketagihan boleh didapati di hospital, klinik atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Rawatan termasuk:
Detoksifikasi
  • Menghilangkan kesan dadah di dalam badan
Terapi kelakuan
  • Menggalakkan sikap yang baik dan menghilangkan rasa pergantungan
Kaunseling – Memberi motivasi dalam menangani masalah dadah dan kembali menagih
Terapi penggantian dadah
  • Memaksimumkan keadaan bebas dadah semasa proses pemulihan
  • Methadone – Ketagihan ubat penenang
  • Nikotin – Ketagihan rokok

Pencegahan

Apakah yang boleh mempengaruhi permulaan atau penyudah tabiat penyalahgunaan dadah?

  • Kesungguhan pada aktiviti yang lain
  • Status sosioekonomi
  • Pengaruh rakan sebaya
  • Pengaruh ibu bapa
  • Budaya dan etnik
  • Nilai hidup yang sederhana
  • Motivasi untuk berjaya / takut pada kegagalan
  • Pengasingan sosial

Apakah yang membantu seseorang itu berhenti menagih dadah?

  • Percaya diri sendiri
  • Berkemahiran menyesuaikan diri
  • Berkemampuan bangkit dari kegagalan
  • Berkeupayaan mengasah kekuatan diri
  • Menghargai kesihatan
  • Membina minat dan aktiviti yang baru
  • Matang dalam fikiran
  • Sokongan berterusan daripada keluarga
Seseorang itu perlu mendapatkan:
  • Latihan menjadi afektif
  • Sokongan masyarakat
  • Pembangunan kerohanian diri
Pemulihan
Melibatkan prosedur rawatan seperti:
  • Terapi dadah gantian
  • Pengurusan tingkah laku
  • Kaunseling
  • Mencegah dari kembali menagih (relapse prevention)
  • Latihan menjadi asertif
  • Sokongan masyarakat
  • Pengisian dan perlembagaan rohani
Penjagaan berterusan adalah satu komponen yang penting dalam proses pemulihan dari ketagihan dadah.
Ia memerlukan sokongan penuh dari keluarga dan masyarakat.
Sokongan sosial termasuk:
  • Pembangunan kemahiran
  • Penempatan pekerjaan
  • Pusat bantuan setempat
Kumpulan sokongan
Pusat pemulihan:
  • Agensi Anti Dadah Kebangsaan
  • PEMADAM
  • PENGASIH
Pakar sakit jiwa
  • Pakar kaunseling penagihan dadah
  • Pakar psikologi
  • Ibubapa
  • Guru sekolah

Apa itu AIDS ?

AIDS adalah satu penyakit yang disebabkan sejenis kuman virus iaitu Human Immunodeficiency Virus) yang melumpuhkan keupayaan semulajadi badan dalam melawan penyakit. Dengan lumpuhnya keupayaan ini mereka yang dijangkiti kuman HIV akan terdedah kepada :


  • Semua jenis kuman termasuk yang biasanya tidak akan membahayakan
  • Beberapa jenis barah yang biasanya jarang berlaku
Akibat pesakit akan sengsara, menderita dan akhirnya membawa ajal. Di bawah ini terdapatnya gambarajah virus AIDS.


Untuk pengetahuan anda semua, kuman HIV ini boleh berjangkit dengan pelbagai cara. Antaranya ialah :

  • Bersalaman
  • Main bersama
  • Berhimpit di tempat yang sesak
  • Mandi di kolam renang
  • Ciuman ringan
  • Berpelukan
  • Menggunakan tandas awam
  • Gigitan nyamuk
  • Berkongsi telefon awam
  • Bekerja bersama pembawa dan pesakit AIDS
  • Makan dan minum
Tetapi, anda jangan risau selagi anda tidak menagih dadah iaitu dengan cara berkongsi jarum suntikan dan mengadakan hubungan seks dengan orang yang dijangkiti HIV, anda tidak akan dijangkiti. Pada peringkat awal jangkitan seorang pembawa kuman HIV tidak menunjukkan apa-apa tanda. Pada peringkat dimana sistem daya tahan tubuh sudah lumpuh terdapat beberapa gejala jangkitan oportunis dan barah antaranya :


  • Hilang berat badan mendadak (>10%)
  • Cirit-birit atau demam berpanjangan
  • Jangkitan Pneumocystis carini pneumonia
  • Jangkitan Cytomegalovirus (pneumonia, brain, rentinis)
  • Tibi
  • Jangkitan kulat seperti Candida Cryptococcus dan Histoplasma
  • Toxoplasma (jangkitan di otak)
  • Jangkitan Herpes simplex, Herpes zoster (kayap)
  • Jangkitan Protozoa seperti Cryptococcosis, Microsporidium dan Isospora
  • Barah seperti Kaposi's sarcoma dan Lymphoma

Why Should I Quit Smoking?



If you are contemplating why should I quit smoking, here is the answer. Know the dangers of smoking and its long-term effects on your health. It will definitely make you think you twice before you light up the next fag! Don’t live in denial. Read on to know if this question is riddling your mind – why should I quit smoking?

Dangers of Smoking

• This habit can cause around 400,000 deaths in the US alone every year.
• This habit is known as a major risk factor for cardiovascular diseases. Smoking is responsible for nearly one quarter of all cardiovascular-related deaths in the United States.
• This habit increases our risk of having a heart attack by 2-6 times. The risk increases with the number of fags you smoke.
• If you have a heart attack and are an active smoker, then you are most likely to die from the condition or die suddenly when compared with a nonsmoker.

Adverse Effects of Smoking on Your Heart

Smoking cigarettes harms your heart as well as the blood vessels in various ways. These include:
• Smoking raises blood pressure: Every time you take a puff, your blood pressure increases for some time. Even if it does not cause chronic high blood pressure, it may aggravate your condition if you have high blood pressure. If you quit smoking, you will surely not experience any short-term changes in the blood pressure which take place when you smoke.
• Smoking changes blood fats by decreasing HDL cholesterol (good cholesterol): Smoking can change the blood fats and decrease the HDL cholesterol. For example, right after you quit smoking, the HDL levels can rise to 6-8 mg/dL. Within a year after quitting, the HDL level can easily return to normal and healthier level.
• Smoking damages the blood vessels lining, making them more susceptible to plaque buildup: This deadly habit enhances the buildup of plaque in your arteries which supply blood to the heart. These arteries are known as coronary arteries.
• Smoking makes the coronary arteries plaque unstable: If the plaques are less stable, then these are more prone to crack. If these crack, then it can result in a heart attack.
• Smoking minimizes oxygen to the heart: Carbon monoxide in the cigarette smoke reduces the blood’s capacity to effectively carry oxygen. Hence, when you smoke cigarettes, you heart as well as the rest of the organs has less oxygen.
• Smoking increases blood clots risk: How is it a risk factor? Well, there are three reasons. First and foremost, the nicotine content in fags stop the release of a natural blood thinner which prevents clotting. Secondly, active smokers tend to have higher levels of blood clotting agent fibrinogen. Lastly, the blood platelets are stickier and cluster together in active smokers. In consequence, a smoker’s bloodstream is thicker and hence, clots more easily and can lead to a heart attack.
• Smoking can cause an abnormal heart rhythm: This deadly habit severely affects that part of your brain which is responsible for regulating your heart rate. This can obstruct the electrical activity in your heart. This results in abnormal heart rhythm known as arrhythmias. This condition can be serious occasionally, and can even turn life threatening. 


Smoking and Other Health Problems

This dangerous activity can cause several other health problems. These include:
• Pregnancy complications such as premature delivery, stillbirth and miscarriage. Additionally, infants of mothers who smoked during their term are susceptible to sudden infant death syndrome.
• Stroke
• Chronic lung disease like emphysema and bronchitis
• Cervical cancer
• Pancreatic cancer
• Kidney cancer
• Cancer of the urinary tract
• Cancer of the esophagus
• Cancer of the vocal cords
• Mouth cancer
• Lung cancer

Now, if you are still thinking “why should I quit smoking”, then nobody can save you from the dangers of smoking! Wake up and quit smoking now. Why do you want to compromise your life? Stay away from smoking and ensure a healthy, long life

Friday 22 June 2012

Selamat Datang

Selamat datang ke blog Laluan PPDA Smk Slim , terima kasih. Minta maaf , setakat ini kami tidak ada apa-apa untuk di-post :) Harap maklum.