Monday 15 September 2014

Majlis Penutup Sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke-57 dan Hari Malaysia

DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA 


Pada Jumaat yang lepas , sekolah kami telah mengadakan Sambutan Kemerdekaan kali ke -57 .Berikutan hari Malaysia jatuh pada cuti sekolah ,iaitu pada 16 September (Selasa) , kami bercadang untuk mengadakan lebih awal .Tema untuk Hari Kemerdekaan tahun ini bertemakan 'Disini Lahirnya Sebuah Cinta' yang dipetik daipada lagu allahyarham Sudirman iaitu lagu bertajuk 'Warisan' . Sepertimana yang sedia maklum , tahun ini sambutan kemerdekaan disambut dalam suasana sederhana berikutan beberapa peristiwa yang meragut sebilangan besar rakyat negara kita , iaitu tragedi MH17 dan hilangnya MH370 .
Kami sebagai warga sekolah amat berdukacita dengan peristiwa yang berlaku.Moga Allah permudahkan perjalanan tahun depan kelak dan mengekalkan keamanan serta kemerdekaan negara kita.






Para guru mengibarkan jalur gemilang sambil menyanyi lagu 'Disini lahirnya sebuah cinta '.


ETA (English Teaching Assistant ) sekolah kami , Miss Briget Kelly mempersembahkan sebuah puisi tentang Malaysia.


Sebahagian pelajar 1RK dan 2RK membuat persembahan lagu tentang kemerdekaan .



Turut diadakan majlis penyampaian hadiah untuk beberapa pertandingan yang diadakan antaranya meneka silang kata ,meneka tokoh sejarah dan banyak lagi .


Pada akhir perhimpunan ,para pelajar dan para guru bersama-sama menyanyikan beberapa buah lagu patriotik.

Setakat ini saja saya boleh ceritakan tentang majlis sambutan tersebut . Sekian .







Thursday 28 August 2014

APA ITU ECTASY ?

ECTASY 




Mungkin ramai yang tertanya-tanya ...apa itu ectasy ? gula-gula ? atau sekadar pil biasa  yang berwarna -warni ?
Ecstacy, atau nama saintifiknya   Methylene Dioxy Meth Amphetamine (MDMA), 
adalah dadah peransang jenis Amfetamina (Amphetamine-Type Stimulants, 
ATS).
Seperti pengeluaran dadah-dadah lain yang dilarang, tiada terdapat kawalan ke 
atas faktor-faktor seperti kekuatan dan kebersihan dalam pengilangan haram 
dadah ATS. Pencemaran boleh berlaku semasa penghasilan haram dadah ini 
dan kerapkali bahan mentah yang rendah mutunya dicampurkan, menyebabkan 
mutu dan kekuatan MDMA yang dihasilkan sering berbeza. Ini meningkatkan 
lagi risiko pendedahan pengguna kepada kesan buruk akibat pengambilan 
dadah ini. 

BAGAIMANA ECTASY DIGUNAKAN ?

Ecstacy selalunya didapati sebagai tablet kecil berwarna putih, kuning coklat
dan dari berbagai-bagai saiz, bentuk dan corak . Kebanyakan yang didapati di 
pasaran gelap adalah dari kekuatan 50-150mg sebiji. Selalunya dos yang 
diambil untuk mendatangkan kesan ialah 75-100mg. Walau bagaimanapun, 
seseorang mungkin memerlukan dos yang lebih untuk mendapatkan kesan yang 
sama akibat penggunaan yang berulang . 
Cara yang biasa ialah dengan menelannya, walaupun pil ini berasa pahit. Pil 
Ecstacy boleh juga dihancurkan (ia juga didapati dalam bentuk serbuk) dan 
dihidu. Pil ini juga boleh dimasukkan dalam dubur di mana dadah ini boleh 
terserap. Ecstacy juga boleh didapati dalam bentuk cecair dan akhir-akhir ini di
negara-negara Barat, cara administrasi Ecstacy yang digemari ialah secara 
suntikan. 


GELARAN LAIN BAGI ECTASY ~


Ecstacy juga dikenali sebagai ‘the love drug’, ‘the yuppie drug’, ‘ the dance drug’,
’pink lady’, and ‘playboy’; bergantung kepada corak yang tertera di pil berkenaan.
Nama-nama ini juga sering berubah setiap beberapa bulan.

BAGAIMANA TAHAP PENYALAHGUNAAN ECTASY DI MALAYSIA ?

Ectasy digunakan oleh segolongan remaja sebelum atau semasa pesta tari-menari di kelab malam ,club , disko ,konsert , atau lain-lain tempat hiburan kerana kesan stimulinya.Dipercayai masalah  pil ini mula menular pada awal tahun 1996.Untuk pil yang diimport harganya dianggarkan pada 
RM100 sebiji, tetapi pil tiruan boleh diperolehi dengan harga RM40 sebiji. Jumlah rampasan oleh pihak penguatkuasaan ialah 20,276 biji pada tahun 1996,
38,389 biji pada tahun 1997, 9,231 biji pada tahun 1998 dan 55,975 biji pada 
tahun 1999. Untuk tempoh 5 bulan pertama tahun ini (Januari – Mei 2000)
sejumlah 22,554 biji pil telah dirampas. 
Adalah dilaporkan dalam satu serbuan di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, 180 
dari 445 pengunjung disko haram (iatu 40.4%) yang diuji didapati positif 
menggunakan ATS. 


APAKAH KESAN SEGERA ECTASY ?

Ecstacy membuat penggunanya berasa gembira, seronok, tenang, bersikap lebih 
terbuka, sensitif kepada sentuhan, cepat mesra dan senang berdamping dengan 
orang lain (dari situ terbitnya nama ‘love drug’). Pengguna merasa yakin, daya
penarikan diri meningkat dan tenang. Kesan ini ditambah lagi dengan bunyi 
muzik yang seiring dengan degupan jantung seseorang semasa di dewan tarian 
dan menyebabkan penggunanya menari dengan lebih rancak lagi dan untuk 
tempoh yang lebih lama. Terdapat pengurangan perilakuan persaingan dan 
agresif; dan seks di bawah kesan pil ini dirasa lebih lembut, lebih berahi dan 
lebih mesra. 
Walaubagaimanapun, pengguna Ecstacy juga boleh mengalami kesan yang 
buruk seperti degupan jantung menjadi kencang, suhu badan dan tekananDengan pengunaan yang berulang, pengguna akan mengalami imbasan 
kejadian, di mana peristiwa kenangan silam kerap terjadi dan membingungkan.  darah 
meningkat, mengetap rahang, mengancing gigi, mulut kering, muntah-muntah,
hilang selera, kekejangan otot, berpeluh, rasa panas atau sejuk, dahaga, kurang 
pengeluaran air kencing, pening, risau, ketakutan, gelabah dan susah untuk 
tidur. Pengguna lelaki juga boleh mengalami masalah ereksi dan gagal 
menikmati kepuasan. Ada juga kalangan pengguna yang merasa terancam
dan lemah, lebih-lebih lagi apabila bersama dengan mereka yang tidak dikenali. 

Kesan pengambilan Ecstacy melalui 3 fasa : 
• Peringkat permulaan : pengguna merasa khayal dengan cepat 
• Peringkat tengah : di mana pengguna merasa gembira, seronok dan tenang 
• Peringkat akhir: di mana penggunanya merasa keletihan, murung, gentar, 
cemas, mudah meradang; kurang tumpuan, menghadapi masalah tidur dan 
merasa tidak selamat. 

Dengan pengunaan yang berulang, pengguna akan mengalami imbasan 
kejadian, di mana peristiwa kenangan silam kerap terjadi dan membingungkan. 
Sesiapa yang mengidap penyakit darah tinggi, sakit jantung, masalah hepar, 
sawan dan mempunyai sejarah gangguan mental dan kejutan panik akan 
mengalami risiko yang lebih dari kerosakan fizikal dan psikologi akibat Ecstacy. 


APAKAH KESAN DOS BERLEBIHAN ECTASY ?


Pada dos yang lebih tinggi Ecstacy tidak mendatang kesan yang lebih 
menyeronokkan tetapi sebaliknya menyebabkan muntah-muntah, perasaan 
terapung, perlakuan ganjil, menghadapi khayalan dan sawan. Dos yang tinggi 
menyebabkan suhu badan dan tekanan darah meningkat tinggi sementara 
degupan jantung menjadi bertambah kencang sehingga boleh membawa maut. 
Kesan ini lebih membahayakan mereka yang sememangnya menghadapi 
masalah jantung atau pernafasan, mereka yang menghadapi kemurungan dan 
lain-lain masalah psikologi. 

BAHAYA ECTASY KEPADA KESIHATAN 


Penggunaan Ectasy boleh memudaratkan kesihatan kerana :


1. Penggantungan psikologi di mana seseorang mendapati 
sukar untuk berhenti atau mengurangkan penggunaan Ecstacy. 
2. Ecstacy merosakkan otak dan sistem saraf seseorang. 
3. Ecstacy merosakkan jantung dengan menyebabkan degupan 
jantung bertambah kencang dan tidak menentu, dan 
peningkatan tekanan darah. 
4. Ecstacy merosakkan hati (hepar). 
5. Ecstacy mendatangkan kerosakan buah pinggang. Ecstacy 
menyebabkan suhu badan meningkat dan kehilangan air dari 
badan yang banyak, mengakibatkan buah pinggang gagal 
berfungsi dan akhirnya membawa maut. 
6. Tarian rancak di bawah pengaruh Ecstasy boleh mendatangkan 
kecederaan kepada otot, sendi dan tulang. 
7. Gangguan pembekuan darah yang disebabkan oleh Ecstasy 
boleh menyebabkan perdarahan dalaman dan mendatangkan 
maut. 
8. Ecstacy boleh membahayakan bayi dalam kandungan dan 
menyebabkan keguguran kepada wanita yang mengandung. 
9. Ecstacy boleh menyebabkan kemalangan jalanraya kerana 
penggunanya mengalami penglihatan yang kabur dan khayal 
semasa memandu. 
10. Bahaya kepada exploitasi seks dan seks bebas - Remaja 
terutama gadis-gadis di bawah pengaruh Ecstacy akan 
terdedah kepada bahaya ekploitasi seks serta hubungan jenis
tidak selamat yang boleh menyebabkan jangkitan HIV, hepatitis
dan lain-lain penyakit kelamin. 
11. Ecstacy juga mendatangkan masalah sosial kerana ia 
menjejaskan hubungan dengan keluarga dan orang lain. 
Keadaan pengguna yang sentiasa gelisah dan tidak menentu 
juga memburukkan lagi hubungannya dengan orang lain. 

Mungkin setakat ini sahaja post berkaitan dadah ectasy yang saya boleh kongsikan kepada anda .Terima kasih kerana sudi membaca. 


Tuesday 26 August 2014

Kejohanan Balapan Tahunan Kali yang ke-29

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ini saya ingin membicarakan tentang kemenjadian pelajar tanpa pengaruh dadah .Ya , semestinya pelajar tanpa pengaruh dadah mampu membentuk diri menjadi seorang pelajar .Misalnya , dalam bidang sukan .

Seperti yang sedia maklum , pada 23 Ogos yang lalu , SMK Slim telah mengadakan Kejohanan Balapan Tahunan Kali yang ke-29.










Mereka juga cemerlang dalam membina sebuah pasukan perbarisan , memimpin pasukan dan bekerjasama sesama pasukan .








Tanpa dadah , para pelajar mungkin akan menjadi bakal atlet negara serta menyumbang kepada negara dari aspek sukan .Kejohanan kali ini dijuarai oleh pasukan rumah kuning atau lebih dikenali sebagai rumah Jentayu .Tahniah diucapkan kepada  pemenang dan pada yang tidak berjaya , anda boleh berusaha pada tahun akan datang .








Thursday 10 July 2014

LATIHAN KEBAKARAN

Pada pukul 9.00 pagi , para pelajar dikumpulkan  di padang dalam satu latihan kebakaran yang dirancang oleh unit HEM (Hal Ehwal Murid).Latihan ini diadsakan untuk bertujuan melatih para pelajar untuk mengetahui cara menyelamatkan diri dalam satu musibah kebakaran atau sebagainya .
Latihan ini mungkin akan dilakukan lagi bagi mempertingkatkan kepekaan dan kesiapsiagaan para pelajar dalam menghadapi situasi kebakaran .


Wednesday 9 July 2014

CERAMAH GIGI


Pada hari Isnin yang lalu , SMK Slim teah dikunjungi oleh seorang pakar ortodontik dari Poliklinik Slim River .Ceramah disampaikan oleh Dr.Jasvin .Beliau turut menerangkan tentang keburukan jika seseorang tidak menjaga kebersihan gigi dan penyakit yang berkaitan dengan kerosakan gigi .



Tuesday 24 June 2014

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2014

Pada 21 Jun yang lalu , pihak sekolah telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang bertempat di Dewan E-learning SMK Slim ,.Majlis ini telah dirasmikan oleh Datuk Seri Ong Ka Chuan ,Ahli Parlimen Kawasan Tanjung Malim .Pihak sekolah mengucapkan ribua terima kasih atas kesudian beliau dalam menghadiri majlis ini serta menyampaikan hadiah kepada para pelajar . YB Dato' juga bersetuju untuk menyumbang 10 buah komputer dan sebuah gelanggang badminton berlampu kepada sekolah .Pihak sekolah juga mengucapkan  terima kasih kepadsa para guru , pelajar dan ibu bapa yang menjayakan Hari Anugerah Cemerlang pada tahun ini .














Friday 16 May 2014

SAMBUTAN HARI GURU SMK SLIM

 Sepertimana yang kita tahu , pada tanggal 16 Mei setiap tahun , semua sekolah akan menyambut Sambutan Hari Guru . Sambutan ini bertujuan untuk menghargai jasa guru dalam berkorban untuk melahirkan pelajar yang berdedikasi serta menjadi harapan negara suatu hari nanti .Kami sebagai pelajar amat menghargai jasa dan pengorbanan guru .



Guru-guru membaca ikrar hari guru seterusnya menyanyikan lagu Hari Guru.Majlis ini turut dihadiri oleh En.Azhar Bin Ramli ,Penolong PPD Kurikulum Bahasa serta YDP PIBG SMK Slim . 


Wednesday 30 April 2014

PERTANDINGAN KELAS TERBERSIH


Berdasarkan daripada penilaian bulanan , kelas 3 Inovasi menjadi kelas juara bagi pertandingan kelas terbersih bagi menengah rendah .Bagi kategori menengah atas , 4 Aspirasi mengungguli kejuaraan dan memegang takhta sebagai kelas terbersih .







Tahniah diucapkan pada kelas yang menjadi pemenang .Bagi yang tidak berjaya , anda boleh berusaha lagi untuk bulan yang akan datang .



Saturday 19 April 2014

PERTUNJUKAN ROBOTIK SEMPENA MINGGU SAINS & MATEMATIK

Sebahagian pelajar menyaksikan pertunjukan robot yang memukul bola secara automatik .Robot dihasilkan dengan kreativiti dan inovasi pelajar serta mendapat tunjuk ajar dari guru yang berkenaan . Pertunjukan yang diadakan bersempena minggu Sains dan Matematik ini dikendalikan oleh pelajar tingkatan 3 .





Tuesday 8 April 2014

PREPARATION

ASSALAMUALAIKUM
  
Sekolah Menengah Kebangsaan Slim telah terpilih untuk menyertai Pertandingan Laluan PPDa unutk sesi 2014 . Di masa yang terluang ini , kami sedang bertungkus -lumus melakukan penyediaan dan penambahbaikan pada laluan PPDa .Terdapat ramai pihak yang bekerjasama demi menjayakan pertandingan ini .