Monday 15 September 2014

Majlis Penutup Sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke-57 dan Hari Malaysia

DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA 


Pada Jumaat yang lepas , sekolah kami telah mengadakan Sambutan Kemerdekaan kali ke -57 .Berikutan hari Malaysia jatuh pada cuti sekolah ,iaitu pada 16 September (Selasa) , kami bercadang untuk mengadakan lebih awal .Tema untuk Hari Kemerdekaan tahun ini bertemakan 'Disini Lahirnya Sebuah Cinta' yang dipetik daipada lagu allahyarham Sudirman iaitu lagu bertajuk 'Warisan' . Sepertimana yang sedia maklum , tahun ini sambutan kemerdekaan disambut dalam suasana sederhana berikutan beberapa peristiwa yang meragut sebilangan besar rakyat negara kita , iaitu tragedi MH17 dan hilangnya MH370 .
Kami sebagai warga sekolah amat berdukacita dengan peristiwa yang berlaku.Moga Allah permudahkan perjalanan tahun depan kelak dan mengekalkan keamanan serta kemerdekaan negara kita.






Para guru mengibarkan jalur gemilang sambil menyanyi lagu 'Disini lahirnya sebuah cinta '.


ETA (English Teaching Assistant ) sekolah kami , Miss Briget Kelly mempersembahkan sebuah puisi tentang Malaysia.


Sebahagian pelajar 1RK dan 2RK membuat persembahan lagu tentang kemerdekaan .



Turut diadakan majlis penyampaian hadiah untuk beberapa pertandingan yang diadakan antaranya meneka silang kata ,meneka tokoh sejarah dan banyak lagi .


Pada akhir perhimpunan ,para pelajar dan para guru bersama-sama menyanyikan beberapa buah lagu patriotik.

Setakat ini saja saya boleh ceritakan tentang majlis sambutan tersebut . Sekian .







No comments: