ECTASY
Mungkin ramai yang tertanya-tanya ...apa itu ectasy ? gula-gula ? atau sekadar pil biasa yang berwarna -warni ?
Ecstacy, atau nama saintifiknya Methylene Dioxy Meth Amphetamine (MDMA),
adalah dadah peransang jenis Amfetamina (Amphetamine-Type Stimulants,
ATS).
Seperti pengeluaran dadah-dadah lain yang dilarang, tiada terdapat kawalan ke
atas faktor-faktor seperti kekuatan dan kebersihan dalam pengilangan haram
dadah ATS. Pencemaran boleh berlaku semasa penghasilan haram dadah ini
dan kerapkali bahan mentah yang rendah mutunya dicampurkan, menyebabkan
mutu dan kekuatan MDMA yang dihasilkan sering berbeza. Ini meningkatkan
lagi risiko pendedahan pengguna kepada kesan buruk akibat pengambilan
dadah ini.
BAGAIMANA ECTASY DIGUNAKAN ?
Ecstacy selalunya didapati sebagai tablet kecil berwarna putih, kuning coklat
dan dari berbagai-bagai saiz, bentuk dan corak . Kebanyakan yang didapati di
pasaran gelap adalah dari kekuatan 50-150mg sebiji. Selalunya dos yang
diambil untuk mendatangkan kesan ialah 75-100mg. Walau bagaimanapun,
seseorang mungkin memerlukan dos yang lebih untuk mendapatkan kesan yang
sama akibat penggunaan yang berulang .
Cara yang biasa ialah dengan menelannya, walaupun pil ini berasa pahit. Pil
Ecstacy boleh juga dihancurkan (ia juga didapati dalam bentuk serbuk) dan
dihidu. Pil ini juga boleh dimasukkan dalam dubur di mana dadah ini boleh
terserap. Ecstacy juga boleh didapati dalam bentuk cecair dan akhir-akhir ini di
negara-negara Barat, cara administrasi Ecstacy yang digemari ialah secara
suntikan.
GELARAN LAIN BAGI ECTASY ~
Ecstacy juga dikenali sebagai ‘the love drug’, ‘the yuppie drug’, ‘ the dance drug’,
’pink lady’, and ‘playboy’; bergantung kepada corak yang tertera di pil berkenaan.
Nama-nama ini juga sering berubah setiap beberapa bulan.
BAGAIMANA TAHAP PENYALAHGUNAAN ECTASY DI MALAYSIA ?
Ectasy digunakan oleh segolongan remaja sebelum atau semasa pesta tari-menari di kelab malam ,club , disko ,konsert , atau lain-lain tempat hiburan kerana kesan stimulinya.Dipercayai masalah pil ini mula menular pada awal tahun 1996.Untuk pil yang diimport harganya dianggarkan pada
RM100 sebiji, tetapi pil tiruan boleh diperolehi dengan harga RM40 sebiji. Jumlah rampasan oleh pihak penguatkuasaan ialah 20,276 biji pada tahun 1996,
38,389 biji pada tahun 1997, 9,231 biji pada tahun 1998 dan 55,975 biji pada
tahun 1999. Untuk tempoh 5 bulan pertama tahun ini (Januari – Mei 2000)
sejumlah 22,554 biji pil telah dirampas.
Adalah dilaporkan dalam satu serbuan di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, 180
dari 445 pengunjung disko haram (iatu 40.4%) yang diuji didapati positif
menggunakan ATS.
APAKAH KESAN SEGERA ECTASY ?
Ecstacy membuat penggunanya berasa gembira, seronok, tenang, bersikap lebih
terbuka, sensitif kepada sentuhan, cepat mesra dan senang berdamping dengan
orang lain (dari situ terbitnya nama ‘love drug’). Pengguna merasa yakin, daya
penarikan diri meningkat dan tenang. Kesan ini ditambah lagi dengan bunyi
muzik yang seiring dengan degupan jantung seseorang semasa di dewan tarian
dan menyebabkan penggunanya menari dengan lebih rancak lagi dan untuk
tempoh yang lebih lama. Terdapat pengurangan perilakuan persaingan dan
agresif; dan seks di bawah kesan pil ini dirasa lebih lembut, lebih berahi dan
lebih mesra.
Walaubagaimanapun, pengguna Ecstacy juga boleh mengalami kesan yang
buruk seperti degupan jantung menjadi kencang, suhu badan dan tekananDengan pengunaan yang berulang, pengguna akan mengalami imbasan
kejadian, di mana peristiwa kenangan silam kerap terjadi dan membingungkan. darah
meningkat, mengetap rahang, mengancing gigi, mulut kering, muntah-muntah,
hilang selera, kekejangan otot, berpeluh, rasa panas atau sejuk, dahaga, kurang
pengeluaran air kencing, pening, risau, ketakutan, gelabah dan susah untuk
tidur. Pengguna lelaki juga boleh mengalami masalah ereksi dan gagal
menikmati kepuasan. Ada juga kalangan pengguna yang merasa terancam
dan lemah, lebih-lebih lagi apabila bersama dengan mereka yang tidak dikenali.
Kesan pengambilan Ecstacy melalui 3 fasa :
• Peringkat permulaan : pengguna merasa khayal dengan cepat
• Peringkat tengah : di mana pengguna merasa gembira, seronok dan tenang
• Peringkat akhir: di mana penggunanya merasa keletihan, murung, gentar,
cemas, mudah meradang; kurang tumpuan, menghadapi masalah tidur dan
merasa tidak selamat.
Dengan pengunaan yang berulang, pengguna akan mengalami imbasan
kejadian, di mana peristiwa kenangan silam kerap terjadi dan membingungkan.
Sesiapa yang mengidap penyakit darah tinggi, sakit jantung, masalah hepar,
sawan dan mempunyai sejarah gangguan mental dan kejutan panik akan
mengalami risiko yang lebih dari kerosakan fizikal dan psikologi akibat Ecstacy.
APAKAH KESAN DOS BERLEBIHAN ECTASY ?
Pada dos yang lebih tinggi Ecstacy tidak mendatang kesan yang lebih
menyeronokkan tetapi sebaliknya menyebabkan muntah-muntah, perasaan
terapung, perlakuan ganjil, menghadapi khayalan dan sawan. Dos yang tinggi
menyebabkan suhu badan dan tekanan darah meningkat tinggi sementara
degupan jantung menjadi bertambah kencang sehingga boleh membawa maut.
Kesan ini lebih membahayakan mereka yang sememangnya menghadapi
masalah jantung atau pernafasan, mereka yang menghadapi kemurungan dan
lain-lain masalah psikologi.
BAHAYA ECTASY KEPADA KESIHATAN
Penggunaan Ectasy boleh memudaratkan kesihatan kerana :
1. Penggantungan psikologi di mana seseorang mendapati
sukar untuk berhenti atau mengurangkan penggunaan Ecstacy.
2. Ecstacy merosakkan otak dan sistem saraf seseorang.
3. Ecstacy merosakkan jantung dengan menyebabkan degupan
jantung bertambah kencang dan tidak menentu, dan
peningkatan tekanan darah.
4. Ecstacy merosakkan hati (hepar).
5. Ecstacy mendatangkan kerosakan buah pinggang. Ecstacy
menyebabkan suhu badan meningkat dan kehilangan air dari
badan yang banyak, mengakibatkan buah pinggang gagal
berfungsi dan akhirnya membawa maut.
6. Tarian rancak di bawah pengaruh Ecstasy boleh mendatangkan
kecederaan kepada otot, sendi dan tulang.
7. Gangguan pembekuan darah yang disebabkan oleh Ecstasy
boleh menyebabkan perdarahan dalaman dan mendatangkan
maut.
8. Ecstacy boleh membahayakan bayi dalam kandungan dan
menyebabkan keguguran kepada wanita yang mengandung.
9. Ecstacy boleh menyebabkan kemalangan jalanraya kerana
penggunanya mengalami penglihatan yang kabur dan khayal
semasa memandu.
10. Bahaya kepada exploitasi seks dan seks bebas - Remaja
terutama gadis-gadis di bawah pengaruh Ecstacy akan
terdedah kepada bahaya ekploitasi seks serta hubungan jenis
tidak selamat yang boleh menyebabkan jangkitan HIV, hepatitis
dan lain-lain penyakit kelamin.
11. Ecstacy juga mendatangkan masalah sosial kerana ia
menjejaskan hubungan dengan keluarga dan orang lain.
Keadaan pengguna yang sentiasa gelisah dan tidak menentu
juga memburukkan lagi hubungannya dengan orang lain.
Mungkin setakat ini sahaja post berkaitan dadah ectasy yang saya boleh kongsikan kepada anda .Terima kasih kerana sudi membaca.