Tuesday, 2 October 2012

Kesan Dadah Kepada Fizikal, Mental, Emosi dan Sosial


Kesan Dadah Kepada Fizikal



  • Pengaruhnya terhadap sistem penting pada tubuh badan seperti system pernafasan,saraf,jantung metabolisme dan otot-otot
  • Kadar pernafasan menjadi lebih pendek dan perlahan
  • Kadar degupan jantung berkurangan
  • Tubuh menggigil akibat penurunan kadar metabolisme
  • Mata menjadi merah
  • Berat badan terjejas


Kesan Dadah Kepada Mental dan Emosi

Kesan dan akibat pengaruh dadah pada otok dan minda ialah kesan psikologi.Ini termasuk rasa seronak dan khayal.pada masa yang sama seseorang itu akan hilang kawalan diri dan pemikiran.Sekiranya bekalan dadah tidak diperolahi,mereka akan berasa keluh-kesah,gian dan amat derita.Matanya akan berair,hidung berhingus,perut berasa sakit dan perit,kadang kala muntah dan cirit-birit


Kesan Dadah Kepada Sosial

  • Hilang minat dan tidak mempedulikan tanggungjawab terhadap pekerjaan,keluarga serta masyarakat sekeliling
  • Maruah dan nama baik keluarga tercemar dalam kalangan masyarakat
  • Prestasi dan disiplin kerja merosot,tingkah laku dan sikap berubah daripada apa yang biasa diamalkan sebelumnya
  • Rumah tangga menjadi porak peranda
  • Perpisahan dan percerian antara ahli keluarga
  • Harapan ibu bapa ke atas anak menjadi musnah

No comments: