Sekolah Menengah Kebangsaan Slim telah merasmikan minggu Teknik & Vokasional pada 22 April 2013 . Terdapat pelbagai aktiviti dan pertandingan yang dijalankan pada minggu tersebut . Antaranya , kuiz Perdagangan , melukislLukisan Isometri , promosi jualan , pertandingan menjahit , dan banyak lagi . Antara barang yang dijual adalah baju , tudung , ice blend , ice float , donat dan bermacam-macam lagi . Barangan yang dijual juga agak berpatutan berbanding barang yang dijual di luar sekolah dan mampu dibeli oleh para pelajar . Promosi tersebut dijalankan pada hari Khamis , 25 April 2013 di Koperasi SMK Slim . Kuiz perdaganan diadakan pada setiap pagi hari ditapak perhimpunan pada minggu tersebut . Setiap kuiz menawarkan hadiah yang lumayan . Kuiz tersebut disampaikan oleh Puan Norhayati Bt Ismail (Guru Kanan Teknik & Vokasional) .
Antara objektif promosi jualan yang diadakan :
- Dapat melatih murid-murid supaya menjadi seorang usahawan yang berjaya .
- Dapat menjadi pembeli dan pengguna yang bijak .
- Melatih diri supaya sentiasa berjimat-cermat .